KSPK TESL IPIP
October 18th, 2008 by amirahsyuhadaSemester ni, subjek Literature banyak menarik minat aku, oxymoron,simile dan segala metaphore memang mewarnai minda aku. Dan sujek ni juga masuk exam, tapi masalah aku bila nak mula mengulangkaji balik, rasa macam dah berkarat otak aku ni.
KSPK TESL, mula intake untuk 2009 dah, secara online. Sijil nya hanya berharga kalau kau menghargai ilmu (knowledge lah), beban kerja memang hampir tak tergalas, mungkin kerana aku biasa santai waktu ijazah dulu, kelas amat fleksible dan tugasan mudah untuk mencari bahan.
Mungkin silapnya, bila kursus ni dibuat di maktab, nak cari bahan memanglah perit, harapkan perpustakaannya yang sekadar setaraf perpustakaan sekolah, atau nak harapkan internet wifi yang tenggelam timbul, lagi buat kau boleh kena kanser hati. Kemudahan amat terbatas, makmal komputer lebih daif dari makmal komputer SMK Sg.Udang.
Semua benda ni buat aku rindu pada UUM. Teringat makmal komputer yang ada 2 buah setiap paras di Sekolah Teknologi Maklumat (sekarang dah dipanggil fakulti), yang aku boleh masuk sesuka hati. Dan komputer yang online 24 hours di dewan kuliah, teringat aku sering curi-curi masuk DKG tu pada waktu malam.
Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang aku rasakan pada waktu tu, adalah perpustakaan paling besar pernah aku ziarahi, haha. Kalau tak tahu guna sistem OPAC alamat kau boleh tidur lah cari buku disitu.
Maktab oh maktab, belum layak lagi dinaikkan taraf sebagai Institut Perguruan, aku simpati pada pelajar yang buat ijazah disini, kecuali B.Ed Tesl yang akan berada 3 tahun di UK, yang lain tu menghabiskan 5 tahun dimaktab untuk segulung ijazah, tak terbuka mindalah budak-budak ni…


